Bonjour!
Hey ! Welcome To My Paradise! orang sedang golek2 dekat sni Tagboard
Footprints here! Love Them Credits
Basecode: Nadya. Full edit: SitiSyuhadah Re-Edit by: Fatin
| Sahabat Yang Baik
Dalam berkawan kita
haruslah memilih kawan. kerna ia seperti corak batik. kalau buruk,
buruklah ia dan sebaliknya.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti
dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang
sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau
berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau
memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika
ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka
membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan
ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan
jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi
seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.
credit : tazkirahmunajatredha.blogspot.com |